Tuesday, March 30, 2010

KURSUS P&P BERKESAN FIZIK, BIOLOGI & KIMIA DHS 2010

TAHNIAH CIKGU-CIKGU! atas kehadiran cikgu-cikgu yang menyertai Kursus P&P Berkesan Fizik, Kimia & Biologi 2010 Daerah Hulu Selangor di SEMASHUR!! Terima kasih kepada semua penceramah yang hadir : Pn Maiselamah (Fizik) dari SMK Maahad Hamidiah Kajang, Pn Nurul Uyun (Biologi) dari KUSES, Cik Azizah (Kimia) dari SMK Seri Kundang, Rawang.
Tapi yang penting, TERIMA KASIH yang tidak terhingga di atas sumbangan yang dihulurkan (terutamanya saguhati penceramah) oleh PIBG SEMASHUR, kerana tanpa sumbangan tersebut program ini tidak dapat berjalan seperti yang dirancang, kerana itulah satu-satunya sumber perbelanjaan untuk program ini berjalan. Walaubagaimanapun, sijil kehadiran cikgu-cikgu tidak dapat diberi ketika kursus kerana atas masalah teknikal. Walaubagaimanapun, kami akan mengirim sijil-sijil tersebut dalam kadar yang segera.. (SORRY!!)
Tahniah & terima kasih juga kepada semua JK dan Penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ini, iaitu Panitia Fizik (Nik, Haslina, Azwani), Panitia Kimia (Masodiah & Roslynda) dan Panitia Biologi (Rosliza & MArdiana) SEMASHUR. moga-moga usaha kita akan akan menaikkan prestasi Fizik, Kimia & Biologi SEMASHUR dan DAERAH HULU SELANGOR.
HIDUP SEMASHUR!!!

No comments:

Post a Comment