Tuesday, March 30, 2010

JSU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN FIZIK 2010

assalamualaikum cikgu2...
sorry sebab JSU tak siap lagi.
walaubagaimanapun, insyaallah isnin depan saya akan download dalam blog ni..

PROGRAM NOTA GANTUNG FIZIK SEMASHUR

Pelajar SEMASHUR, nota gantung da siap belum?
Jangan lupa hantar nota gantung sebelum 31 Mac 2010.
10 markah tu untuk UPS 1!! UPS1 bole score tak?
Siapa yang tak score kene denda ye...

KURSUS P&P BERKESAN FIZIK, BIOLOGI & KIMIA DHS 2010

TAHNIAH CIKGU-CIKGU! atas kehadiran cikgu-cikgu yang menyertai Kursus P&P Berkesan Fizik, Kimia & Biologi 2010 Daerah Hulu Selangor di SEMASHUR!! Terima kasih kepada semua penceramah yang hadir : Pn Maiselamah (Fizik) dari SMK Maahad Hamidiah Kajang, Pn Nurul Uyun (Biologi) dari KUSES, Cik Azizah (Kimia) dari SMK Seri Kundang, Rawang.
Tapi yang penting, TERIMA KASIH yang tidak terhingga di atas sumbangan yang dihulurkan (terutamanya saguhati penceramah) oleh PIBG SEMASHUR, kerana tanpa sumbangan tersebut program ini tidak dapat berjalan seperti yang dirancang, kerana itulah satu-satunya sumber perbelanjaan untuk program ini berjalan. Walaubagaimanapun, sijil kehadiran cikgu-cikgu tidak dapat diberi ketika kursus kerana atas masalah teknikal. Walaubagaimanapun, kami akan mengirim sijil-sijil tersebut dalam kadar yang segera.. (SORRY!!)
Tahniah & terima kasih juga kepada semua JK dan Penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ini, iaitu Panitia Fizik (Nik, Haslina, Azwani), Panitia Kimia (Masodiah & Roslynda) dan Panitia Biologi (Rosliza & MArdiana) SEMASHUR. moga-moga usaha kita akan akan menaikkan prestasi Fizik, Kimia & Biologi SEMASHUR dan DAERAH HULU SELANGOR.
HIDUP SEMASHUR!!!

Thursday, March 25, 2010

KURSUS KAEDAH P&P BERKESAN : FIZIK, KIMIA & BIOLOGI DAERAH HULU SELANGOR 2010

27 Mac 2010 (Sabtu) ini akan diadakan Kursus P&P Berkesan untuk guru-guru Daerah Hulu Selangor. Kursus ini akan dikendalikan oleh Panitia Fizik, Panitia Kimia dan Panitia Biologi SEMASHUR dan bertempat di SEMASHUR, dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kursus ini adalah bertujuan untuk mendalamkan ilmu guru-guru Fizik, Kimia & Biologi Daerah Hulu Selangor mengenai pembinaan item, JSU dan teknik menjawab soalan Fizik, Kimia & Biologi. Dengan adanya kursus ini diharapkan agar pencapaian Fizik, Kimia dan Biologi Daerah Hulu Selangor akn terus meningkat dan seterusnya menjadi yang terbaik di Malaysia. Hidup Fizik, Kimia & Biologi! Semangat cikgu-cikgu!!!

Tuesday, February 23, 2010

keep learning here...


i'm still learning to improve my blog. tonite i'd learned on how to add a gadget to my blog (by my own! i'm so proud!). so, i got fishes. 10 of it. hope you'll enjoy it.

Monday, February 22, 2010

PHYSICS MODULE : WAVES

Modul koleksi soalan-soalan asas yang difikirkan sesuai untuk keperluan P&P. walaubagaimanapun, pemurnian perlu dibuat mengikut kesesuaian kepada tahap dan keperluan pelajar.
DOWNLOAD HERE

PHYSICS MODULE : INTRODUCTION TO PHYSICS

Modul ini adalah koleksi soalan-soalan asas yang difikirkan sesuai untuk sesi P&P berjalan dengan lebih lancar. Walaubagaimanapun, masih banyak ruang yang perlu dimurnikan untuk kesesuaian mengikut tahap dan keperluan pelajar.
DOWNLOAD HERE

PHYSICS MODULE : FORCES & MOTION

Modul Fizik ini mengandungi soalan-soalan asas yang serba sedikit membantu P&P berjalan lebih lancar. Modul ini sebenarnya ialah hasil gabungan beberapa modul dan koleksi soalan yang lain yang difikirkan sesuai untuk keperluan saya. (Walaubagaimanapun, masih banyak ruang yang perlu dimurnikan dalam modul ini). Harap modul ini boleh membantu guru-guru lain juga.
DOWNLOAD HERE

FORM 4 PHYSICS YEARLY PLANNING 2010

Rancangan Tahunan ini diharap boleh membantu guru-guru yang lain juga.
DOWNLOAD HERE

FORM 5 PHYSICS YEARLY PLANNING 2010

Secara peribadi, rancangan tahunan ini sangat membantu dalam merancang dan menulis rancangan harian dengan lebih berkesan. Diharap agar rancangan tahunan ini juga dapat membantu guru-guru lain. Maaf sebab ini kali pertama saya belajar share file dalam blog. (I know it's to late to publish it now, but better late than never right?) DOWNLOAD HERE
Salam Perkenalan!! This is my first time i launched my post, (exactly i don't know what to do to this blog, sorry! :p). I like to share a lot of things, but i don't know how. so, i just have to keep learning right? (hope i'm doing ok here). waiting for my module then..